Saturday, February 8, 2014

Salam semua,

Sementara menunggu cousin kita fetch kita kat rumah, kita nak cerita sikit pasal sesuatu yg kita rasa mcm tak betul. Kita ada kawan,sekarang ni dia tengah dlm proses nak turunkan berat badan. Actually kt support dia untuk turunkan berat badan tp kita tak setuju yang dia nak turunkan berat badan sebab lover dia.

Apa yang dia cerita kat kita,lover dia cakap dia buruk sbb badan dia tak macam dulu. Actually lover dia just gurau je sebab nak bermanja dgn dia. Tapi kawan kita ni terasa. Erm,bagi kita awak dah cukup sempurna cuma kena lebihkan olahraga je la. Dari segi pemakanan cuma kita rasa elakkan pengambilan makanan yang agak berat selepas pukul 7 petang.

Tapikan, kalau kita kat tempat kawan kita pun kita akan terasa bila lover kita cakap macam tu tapi takde la sampai nak diet gila2 kan.hingga menyebabkan badan kita jadi lemah. And bila badan takde tenaga, end up akan menyebabkan kita ni cepat nak marah.

Zaman sekarang ni semua nak yang perfect.. macam kita tak naklah yang perfect sgt sbb kita tau kita tak perfect. Banyak benda lagi yang kita kena betulkan..

Oklah,cousin kita dah sampai siap bunyikan hon lagi. Apa apapun,korang jaga diri dan ingat,tiada yang sempurna melainkanNya.

Dannnnn selamat berhujung minggu uols!!

No comments:

Post a Comment