
Demi sebuah pengorbanan,
Aku sanggup ketepikan impian ku..
Demi sebuah pengorbanan,
Aku sanggup menahan hati dan perasaan
yang mendesak ku..
Seolah-olah aku melawan air terjun yang
tanpa jemu mengalir,dan tiada kesudahannya..
Begitu perit sekali,bukan..
Apa lagi yang mampu aku lakukan
selain melawan perasaan itu,
adakah adil bagi diri ku untuk berkorban pada
sesuatu yang tak pasti atau hanya berserah pada
takdir untuk menentukannya,
Aku tidak perlukan balasan dengan apa yang
aku korbankan,
Cuma,
adakalanya,
berilah aku sedikit peluang untuk
membuktikan sesuatu yang rasanya
mampu aku lakukan..
"Sampai bila kita akan duduk dibawah kepompong
sahaja sedangkan kita tahu,
ulat yang buruk keluar daripada kepompong akan
keluar dan bertukar menjadi seekor rama rama yang
cantik dan penuh dengan warna warni"



