Saturday, February 8, 2014

Salam semua,

Sementara menunggu cousin kita fetch kita kat rumah, kita nak cerita sikit pasal sesuatu yg kita rasa mcm tak betul. Kita ada kawan,sekarang ni dia tengah dlm proses nak turunkan berat badan. Actually kt support dia untuk turunkan berat badan tp kita tak setuju yang dia nak turunkan berat badan sebab lover dia.

Apa yang dia cerita kat kita,lover dia cakap dia buruk sbb badan dia tak macam dulu. Actually lover dia just gurau je sebab nak bermanja dgn dia. Tapi kawan kita ni terasa. Erm,bagi kita awak dah cukup sempurna cuma kena lebihkan olahraga je la. Dari segi pemakanan cuma kita rasa elakkan pengambilan makanan yang agak berat selepas pukul 7 petang.

Tapikan, kalau kita kat tempat kawan kita pun kita akan terasa bila lover kita cakap macam tu tapi takde la sampai nak diet gila2 kan.hingga menyebabkan badan kita jadi lemah. And bila badan takde tenaga, end up akan menyebabkan kita ni cepat nak marah.

Zaman sekarang ni semua nak yang perfect.. macam kita tak naklah yang perfect sgt sbb kita tau kita tak perfect. Banyak benda lagi yang kita kena betulkan..

Oklah,cousin kita dah sampai siap bunyikan hon lagi. Apa apapun,korang jaga diri dan ingat,tiada yang sempurna melainkanNya.

Dannnnn selamat berhujung minggu uols!!

Tuesday, February 4, 2014

Bismillahirahmanirahim,

Salam pembuka kata.
Alhamdulilah setelah agak lama blog aku bersawang,akhirnya aku tergerak untuk memulakan semula penulisan aku sebagai insan yang tiada keistimewaan. Bagi aku,cukuplah aku sebagai insan biasa yang sering belajar serta memperbaiki mutu kehidupan yang lebih sempurna.

Pertama sekali,aku ingin memanjatkan kesyukuran kepada Allah SWT kerana masih memberikan aku kehidupan yang penuh dengan pancaroba. Bagi aku kesempurnaan bukanlah keinginan ku kerana aku memerlukan sesuatu yang sukar untuk aku gambarkan. hehe, lama tak merapu. haha :)

So akan disambung ya...tunggu..takdelah proper macam ayat ayat yang kat atas tu ye..:) i sempoi je..haha

Love,
Zou Brawi

Saturday, November 10, 2012

Salam..
Agak bersawang blog aku sebab lama tak update..yelah,mana tak nya..kebelakangan ini aku agak kebizian sedikit..aktiviti penuh je...tak sempat nak jenguk dan tulis apa apa kat dalam blog ni..

oh ya,dah 2 bulan lebih aku broke up..mula mula dulu memang agak sukar untuk aku terima kenyataan ni tapi now,alhamdulilah..lagipun jawapan yang aku cari selama ni dah terjawab..n now im okay..buat apa nak sedih2 kan..tak rugi apa pun kalau nak happy...im happy with my life now..without commitment is better..

now aku hanya perlu fokus pada career aku..aku kerja untuk duit..dan duit yang dapat dari hasil titik peluh sendiri buatkan aku happy...happy adalah ubat terbaik bukan..so,dengan tiada apa apa komitmen,aku bebas dgn kehidupan aku..aku boleh merantau dan memilih jalan ku sendiri..tiada siapa yang akan menghalang aku...thats life..adakalanya aku perlu memilih jalan ku sendiri..


Sunday, November 13, 2011

Hari ini aku agak sibuk sebab banyak benda yang kena buat..salah satu nya aktiviti harian sebelum menjelangnya final model search dan yang keduanya aku short listed untuk tvc domino's pizza..tp short listed utk datang casting la..masa casting petang tadi,aku memang nervous...yelah aku tak pernah cuba mana mana open casting utk iklan..yang ni pun sbab short listed..kalau tak memang aku tak pergi la..seramai 13 orang yang shortlisted dan aku yang keepat..
Tadi sepanjang casting,memang best..aku cuba fokus dan buat apa yang mereka inginkan..so far,takde masalah..semuanya berjalan dengan lancar...actually walaupun nervous tapi aku buat je apa yang patut tanpa menghiraukan perasaan aku..yelah kalau ikutkan...nak je aku cabut tp bila memikirkan profesionalism,aku sahut..chewah..hahaha...
So,results akan keluar this coming tuesday..dapat tak dapat belakang kira..kalau aku dapat,bagi aku ianya satu bonus tetapi kalau aku tak dapat,of course aku akan anggap benda ni sebagai pengalaman yang berharga..chewah..haha...
Bintulu Model Search,so far aku dah bersedia dari segi mental dan fizikal..mengikut jadual,kesemua finalist akan berkampung di Park City Everly Bintulu selama 5 hari...
Akhir sekali,to all my friends,wish me luck ya..:)

Friday, November 11, 2011

Congratulations to our new Miss Universe Malaysia,Kimberly Legget yang mana berdarah campuran berasal   dari Pulau Penang...aku sangat happy bila dia di nobatkan...yelah,muka lawa...nasib baik tak muka jinjang yang menang...kalau tak,takde papa aku nak cakap..haha...apa apapun,tahniah di ucapkan..:)

Wednesday, November 2, 2011

Walaweh,aku sudah ada diving license..excited gila aku bila instuctor aku cakap aku pass..mana tak nya,4 hari berkampung di pulau salang,tioman..dalam 4 hari tu aku memang pressure gila..mana tak nya..dalam otak aku asyik dok fikir pasal nak pass je..kalau fail,alamatnya kena repeat balik la..of course aku tak nak..
Sepanjang menduduki exam,aku paling suka exam kat dalam air..very exciting..setiap pergerakkan kat dalam air diambil kira..aku pun tak expect yang aku boleh buat..memang mencabar sebenarnya tapi bila dah minat,bagi aku,kacang je..
Tapi exam paper memang hancur sikit..nasib baik aku pass..sbb exam yang dalam air tu,aku dah gerenti yang aku boleh pass..hehehe..jom next time sapa yang ada diving license tu,boleh dive sama sama..:)

Monday, October 24, 2011

Alhamdulilah,akhir aku konvo jugak..bertempat di Universiti Teknologi Malaysia Skudai,aku ditemani dengan teman2 hadir seawal jam 9 pagi walaupun masa aku pada sesi petang..bukan apa,jubah tak ambik lagi..so,terpaksa la datang awal..apapun,pengalaman konvokesyen ni memang best walaupun suasananya agak sesak..:)