Tuesday, June 16, 2009

Shopping kat SONY..

Salam..
Semalam,aku keluar dengan abg tepak..dia ajak aku pi shopping mall sebab nak pi kedai optical untuk membeli contact lens..aku ok je sebab lama tak keluar dengan dia..banyak cerita yang kami kongsikan lebih lebih lagi cerita dari abg tepak yang mana baru balik daripada bercuti ke luar negara..
oh ya,semalam semasa aku kat mall,aku sempat berkunjung ke kedai SONY kerana lama beno aku tak menjenguk..
Ding dong ding dong bila dah kat dalam kedai sony,tiba tiba aku tergerak untuk membeli mp3 player..actually aku dah ada mp3 player yang sama tetapi cuma 1 gb tetapi sudah aku berikan pada kawan aku sebab pada ketika itu,aku tak peduli sangat pada mp3 player sebab aku dok layan psp je memanjang..now bila psp buat hal dan perlu dirawat,alamat aku terngadah..
So bila dah kena macam ni,barulah aku teringat pada mp3 player aku..tapi takkan nak minta balik kan sebab kita dah beri kat orang..lagipun aku bukannya jenis yang macam tu..so sebab tu la aku beli lagi dan untuk kepuasan,aku beli sekali dengan headphone yang mempunyai extra bass..
Aku ambik yang warna putih (gambar kat atas ni aku ambik kat google)
Abg tepak tanya aku semalam,kenapa tak cari jenama lain dan masih beli bentuk yang sama..then aku jawab,aku suka dengan bentuknya dan mp3 player ini dapat merakamkan suara sekiranya kita ingin merakamkan perbualan..

Headphone yang kat atas inilah yang memberikan kepuasan pada aku..(gambar headphone tersebut juga diambik daripada google.)

So,untuk mp3 player dan headphone yang aku beli semalam sekurang kurangnya dapat mengurangkan kebosanan aku di rumah walaupun aku terpaksa berbelanja lebih kurang 400 untuk kehendak dan bukannya keperluan aku..

1 comment:

  1. ahhaaa... kebetulan na Along memang tengah mengintei-ngintei benda alah tok juak ;D

    ReplyDelete