Wednesday, May 20, 2009

Kemanakah Mereka Semasa Di Hong Kong..

.::. INTRO.::.

Salam,
Hari ini,aku akan publish entry yang terakhir semasa aku berada di Hong Kong bersama Inah n Malim..
Buat pengetahuan anda,pesawat yang sepatutnya aku naiki adalah pada pukul 7pagi kalau tak silap..tetapi diatas sebab sebab yang tertentu,aku,inah n malim tidak berkesempatan untuk menaiki pesawat tersebut walaupun hanya lambat 5 -10 minit sebelum berlepas..

Bagi aku,ianya tidak mematahkan semangat aku untuk terus berjuang dengan menaiki pesawat pada sebelah petang.Walaupun kita sedia maklum bahawa membeli tiket pada hari yang sama agak mahal,tapi aku dan teman teman yang lain redah je.wang ringgit bukan segalanya,tetapi kebahagian serta kegembiraan yang paling penting didalam sesebuah perhubungan.

Berbalik dengan entry aku kali ini,aku seperti biasa,akan memperbanyakkan gambar-gambar berbanding penceritaan..semoga terhiburlah hendakNya..
::.::.::.::.::.::.::.::.::.::.::.::.::.::.::.::.::.::.::.::

Gambar pertama dan yang ada kat bawah ni semasa berada di Hong Kong Space Museum..

Sekitar Hong Kong..
Gambar yang kat bawah ni semasa berada kat Wax Museum..memang patung patung yang kat sini nampak real..for me,rasa macam rugi je kalau tak pegi sini..Inah tetap nak posing..pantang nampak camera..oh ya,gambar yang kat atas ni adalah patung Jackie Chan yang mana berada di pintu masuk sebelum menaiki Tram yang disediakan..Gambar dari jarak jauh pun takpe sebab banyak lagi patung-patung yang cantik kat dalam Wax Museum,Madame Tussauds..Kalau tetap nak tengok patung Jackie Chan yang berada kat belakang Inah tu,korang pergilah kat google..atau pergi mana2 blog yang ada tangkap gambar secara dekat dengan patung tu..
Apa apapun,jom layan gambar yang kat bawah nie..



Semasa kat Ladies Market..
Gambar yang kat bawah ni masa kami berada di Avenue Of Stars..

Yang kat bawah ni pulak,sah sah angkut semua barang-barang..apa lagi,masa untuk balik la..hehe
::.::.::.::.::.::.::.::.::.::.::.::.::.::.::.::.::.::.::.::

Akhirnya,kami berjaya menghabiskan masa bersama semasa berada di Hong Kong..kenangan yang sentiasa akan diingati kerana pelbagai kegembiraan yang kami rasai..selain kegembiraan,kesukaran pun ada jugak tapi kami mampu hadapi dengan baik kerana tanggungjawab diantara satu dengan yang lain menyebabkan segala masalah dapat di kawal..

Dan tidak dilupakan juga kepada Aley yang sanggup hantar kami ke Airport walaupun kami tidak sempat menaiki pesawat dan terpaksa ditempah semula.

Akhir kata,berjumpa lagi kita di percutian yang seterusnya pada awal Jun tahun ni..

3 comments:

  1. thanks zoul!! :)..next time kita cuti2 lagi ok :)

    ReplyDelete
  2. Inah - No problem..boleh ajo..anytime..hehe

    ReplyDelete
  3. haluuu

    lambat sangat for me to comment di blog ini setelah berjumpe dgn you di kedai makan tuh :D

    nice trip to hong kong..

    *tak takut ke madam zora manequin tu come to life :D

    ReplyDelete