Wednesday, May 27, 2009

Gotong-Royong di tempat keja..

Salam..
Dalam minggu ni agak kebizian sedikit..mana tak nya,keja berlambak je nak diselesaikan..

Oh ya,semalam department aku ada buat gotong royong..so,masing masing la kena jalankan tugas yang diarahkan..memang meriah..masing masing dengan gelagat masing masing..ada yang membuka kotak dan ada jugak yang menyusun dokumen dokumen yang disediakan..selain itu,ada jugak yang menolak troli dan macam macam lagi..

Harap harap lepas ni ada lagi gotong royong yang macam ni..

Monday, May 25, 2009

Hari Isnin,Hari untuk bekerja..

Salam n Morning everyone..

Hari ini,aku agak kebizian untuk menghapdet..apepun,aku update lah sikit wokey agar blog aku tidak bersawang..

Seperti biasa,bila sampai je kat ofis,aku terus Log In pc aku dengan memasukkan GID Card yang Shell kasi..then apa lagi,terus lah baca apa apa yang penting yang mana tersedia selepas Log In pc..

Kerja macam biasa..kena siapkan dan tingkatkan perasaan tanggung jawab keatas apa yang diarahkan..aku ni tak lah rajin sangat tapi ok lah sebab setiap kerja yang diarahkan,pasti akan di selesaikan..itu yang penting kan walaupun aku selalu travel..

Apa apa pun,selamat bekerja sume..n have a nice day..cheers..

Wednesday, May 20, 2009

Kemanakah Mereka Semasa Di Hong Kong..

.::. INTRO.::.

Salam,
Hari ini,aku akan publish entry yang terakhir semasa aku berada di Hong Kong bersama Inah n Malim..
Buat pengetahuan anda,pesawat yang sepatutnya aku naiki adalah pada pukul 7pagi kalau tak silap..tetapi diatas sebab sebab yang tertentu,aku,inah n malim tidak berkesempatan untuk menaiki pesawat tersebut walaupun hanya lambat 5 -10 minit sebelum berlepas..

Bagi aku,ianya tidak mematahkan semangat aku untuk terus berjuang dengan menaiki pesawat pada sebelah petang.Walaupun kita sedia maklum bahawa membeli tiket pada hari yang sama agak mahal,tapi aku dan teman teman yang lain redah je.wang ringgit bukan segalanya,tetapi kebahagian serta kegembiraan yang paling penting didalam sesebuah perhubungan.

Berbalik dengan entry aku kali ini,aku seperti biasa,akan memperbanyakkan gambar-gambar berbanding penceritaan..semoga terhiburlah hendakNya..
::.::.::.::.::.::.::.::.::.::.::.::.::.::.::.::.::.::.::.::

Gambar pertama dan yang ada kat bawah ni semasa berada di Hong Kong Space Museum..

Sekitar Hong Kong..
Gambar yang kat bawah ni semasa berada kat Wax Museum..memang patung patung yang kat sini nampak real..for me,rasa macam rugi je kalau tak pegi sini..Inah tetap nak posing..pantang nampak camera..oh ya,gambar yang kat atas ni adalah patung Jackie Chan yang mana berada di pintu masuk sebelum menaiki Tram yang disediakan..Gambar dari jarak jauh pun takpe sebab banyak lagi patung-patung yang cantik kat dalam Wax Museum,Madame Tussauds..Kalau tetap nak tengok patung Jackie Chan yang berada kat belakang Inah tu,korang pergilah kat google..atau pergi mana2 blog yang ada tangkap gambar secara dekat dengan patung tu..
Apa apapun,jom layan gambar yang kat bawah nie..



Semasa kat Ladies Market..
Gambar yang kat bawah ni masa kami berada di Avenue Of Stars..

Yang kat bawah ni pulak,sah sah angkut semua barang-barang..apa lagi,masa untuk balik la..hehe
::.::.::.::.::.::.::.::.::.::.::.::.::.::.::.::.::.::.::.::

Akhirnya,kami berjaya menghabiskan masa bersama semasa berada di Hong Kong..kenangan yang sentiasa akan diingati kerana pelbagai kegembiraan yang kami rasai..selain kegembiraan,kesukaran pun ada jugak tapi kami mampu hadapi dengan baik kerana tanggungjawab diantara satu dengan yang lain menyebabkan segala masalah dapat di kawal..

Dan tidak dilupakan juga kepada Aley yang sanggup hantar kami ke Airport walaupun kami tidak sempat menaiki pesawat dan terpaksa ditempah semula.

Akhir kata,berjumpa lagi kita di percutian yang seterusnya pada awal Jun tahun ni..

Monday, May 18, 2009

Disneyland,Hong Kong pulak..

Salam,

semasa aku berada di Hong Kong,aku seperti mereka yang melancong tidak akan melepaskan peluang untuk berkunjung ke Disneyland of HK.
Apa apapun,aku sediakan beberapa gambar sepanjang aku dan rakan rakan berada disana..
Aku naik MTR untuk ke Disneyland..cantikkan train dia..
WELCOME TO HONG KONG,DISNEYLAND RESORT..

Sebelum masuk,kenalah tunjuk tiket dulu..hehe..Inah,akhirnya,apa yang u impikan,menjadi kenyataan setelah berjaya masuk ke Disneyland,Hong Kong..

Untuk gambar yang kat atas ni,thanks to Malim sebab berjaya menjadi orang yang pertama berjumpa dengan wanita-wanita cantik yang kat atas..kalau tak sebab dia,mungkin kami kena beratur untuk menunggu giliran..hehe..
Sebelum terus menjelajah,kenalah ambik maps dulu..nanti,tak pasal2,sesat pulak..

Nampak kegembiraan dari riak wajah Inah..apa yang inah tunjuk tu??ooo rupanya,"SHARE UR MAGICAL DISNEY MOMENTS..AND LIVE HAPPILY EVER AFTER"..

Gambar yang ada kat bawah ni,agak lucu jugak..macam budak-budak kan kitorang..hehe..

Gambar yang kat bawah ni,tengah beratur untuk menonton wayang secara 3D..memang menarik..sampai 4 ke 5 kali kami menonton..dalam pada menonton,kami juga dapat merehatkan kaki setelah penat berjalan..

Gambar-gambar yang kat bawah ni,korang layan la sendiri k..

Gambar yang kat bawah ni pulak adalah semasa perarakan..memang perarakkan ini penuh dengan warna warni..superb wokey..
Jam menunjukkan pada pukul 6 petang..so,teater pun bermula..pukul 5.45,didepan dewan teater dah penuh orang yang beratur..sepanjang teater berlangsung,aku ada jugak menangkap gambar..so,tengoklah kat bawah ni..memang mantap..

Gambar yang kat bawah ni pulak,aku tak tau nak terangkan macam mana..tapi memang menarik..bertuah mereka yang menjadi kanak kanak pada abad ini..tiba tiba kan aku..menyimpang sudah..hehe..
Pada sebelah malamnya,setelah penat berjalan dan menjalani aktiviti yang menarik,kami singgah sebentar di kedai-kedai yang ada menjual cenderahati untuk kenang kenangan sementara menunggu detik jam 8.15pm kalau tak silap kerana letupan bunga api akan diadakan tanda penutup..
Gambar yang kat bawah ini adalah gambar sebelum dan selepas bunga api diletupkan..memang detik ini paling menarik dan segala keletihan hilang begitu sahaja tatkala menyaksikan pertunjukkan bunga api yang penuh dengan warna warni..
Gambar yang kat bawah ni pulak,saje nak bergambar..hehe
So,begitulah cerita aku sepanjang aku berada di Disneyland,Hong Kong..Nanti,aku akan update lagi..