Tuesday, July 20, 2010

..Masih keletihan walaupun beberapa hari telah berlalu..menjadi model jemputan untuk Bintulu model search memberikan aku satu penghormatan..

..menjalani kehidupan selama beberapa hari bersama mereka yang bertanding adakalanya membuatkan aku sedikit kecewa kerana keinginan untuk sama sama bertanding membuak buak didada..

..Sememangnya menanti untuk tahun hadapan agak membebankan aku tetapi ianya langsung tidak mematahkan semangat aku untuk terus menanti.mungkin rezeki aku pada tahun hadapan..dan mungkin tidak..apa apapun,rezeki ada dimana mana..

..Secara jujurnya,bagi aku,pertandingan sebegini harus diteruskan kerana ianya sedikit sebanyak dapat mencungkil bakat2 yang terpendam dan tidak diketengahkan..so,dengan pertandingan sebegini,orang luar yang tidak nampak akan kelebihan individu tersebut sudah pasti akan tergamam melihat kelebihan individu tersebut.

..Selain itu juga,pertandingan sebegini juga mengajar agar individu tersebut menepati masa seperti mana yang diarahkan..dalam masa yang sama,ianya dapat mendisiplinkan individu tersebut agar sentiasa tepat pada masa..

..Alhamdulilah,sepanjang aku disana,aku dilayan dengan baik sekali..sukar untuk digambarkan..thanks to Mr Zaidi and Kak Sue'Tjantik Spa as well..mereka berdua yang telah mengetengahkan aku serta melebarkan sayap aku di Bintulu..walaupun Bintulu hanya nama kecil,tetapi sememangnya ia amat bermakna buat aku..